April - Fokus Sekolah Bestari
SSETELAH Sekolah Kluster, seterusnya ialah Sekolah Bestari. Dua program berkaitan Sekolah Bestari akan menjadi fokus tindakan pada April ini, iaitu program pembestarian sekolah dan kedua, usaha pemantapan dan penjenamaan semula 88 Sekolah Bestari.
Program pembestarian sekolah melibatkan semua sekolah harian di bawah Kementerian Pelajaran.Pemantapan dan penjenamaan semula 88 buah sekolah bestari pula merupakan kesinambungan projek yang digerakkan pada 1999 - walau idea asalnya tercetus seawal 1995.
Pada 1999, Sekolah Bestari adalah salah satu daripada tujuh aplikasi perdana di bawah koridor raya multimedia.Kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran,Datuk Dr. Zulkurnain Awang, penyelarasan dan mempakej semula inisiatif pembestarian semua sekolah di bawah tadbir selia kementerian akan dilaksanakan mengikut keutamaan berikut:
* projek makmal komputer dan pengkomputeran sekolah
* program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
(PPSMI).
* akses Internet jalur lebar School-Net.
* pembangunan Perisian Kursus
* pusat akses, dan
* televisyen pendidikan.
Sunday, August 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment