Monday, August 20, 2007

class cancel..

ari ni aku xde class...so melepak je kt umah,tido + makan + online memanjang..hehe tp ptg tadi ade gk aku tengok citer kt tv..pe ek? akasia:Manjalara..korang pun mungkin ikut citer tu..xdelaa best sgt,tp nak gak tahu..alaa cite pasal manusia yang terlampau tamak dan kejam a.k.a sahara.jalan citer ok laa..xleh komen lebih2..nanti trbace lak kt director dia..tp aku slalu ikut cte ni ble time free..hehehee Petang td jgk,my x-roomate tiha ade datang umah...lepak2 tgok tv... klah,smpai ct je nk cter..k chow..

pagi isnin...

Salam pada semua...aku sebenarnya xde mende pun nak citer kat cni.tapi nak jugak post..ermmm,pagi ni aku free,kelas kul2 sat lagi..so sempat laa aku mengedit2 blog ni mane yang patut..malam ni blog ni akan di nilai oleh lecturer.korang ingat aku buat saje2 ker.hehehe...tapi aku enjoy je buat mende ni,yelah dapat belajar create blog sendiri,klu x sebelum ni mane ader...sekurang2 nye ade manfaatnya untuk aku in the future kan..lagi ape ek..aku nak citer..haa..korag2 yg masuk blog aku ni..mesti heran kan nape la aku pi letak lagu indon kt cni..'sandaran hati' nyayian Letto. semua lagu2 pun bleh tangkap lengtok laa..hehehe jangan mare.macam xde lagu malay lain dah aku nak letak.bukan pe,it's depend pada seseorang tu..aku xdela minat giler2 lagu indon,tp ade certain yg syok didengar..korang xsetuju dengan pendapat aku..xperlah.anyway,mesejnye di sni...orang yang minat lagu2 luar malaysia xsemestinya xberbangga dengan industri muzik tanah air sendiri..cewaah..i'm proud be a malaysian exactly....ok la tu..itu aje utk pagi ini...byebye

Thanks God

In the name of Allah we are born
In His name we live
and in His name we die

Our shadows prostrate to their Creator
morning and evening without our consent
Birds and animals usher in the times of prayer

Birds circumambulate the Ka'baah
while migrating birds stretch forth their wings
finding their way by Allah's Mercy

Only to feel unrest and leave once more
ever-searching,traveling discontent until they die

We, also wander
some blindly
while others see

-ISLAMICGARDEN-

Sunday, August 19, 2007

~Pembestarian Sekolah~

APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH?

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengapliksikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Skeolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

PENGENALAN
Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

Sekolah Bestari

April - Fokus Sekolah Bestari

SSETELAH Sekolah Kluster, seterusnya ialah Sekolah Bestari. Dua program berkaitan Sekolah Bestari akan menjadi fokus tindakan pada April ini, iaitu program pembestarian sekolah dan kedua, usaha pemantapan dan penjenamaan semula 88 Sekolah Bestari.

Program pembestarian sekolah melibatkan semua sekolah harian di bawah Kementerian Pelajaran.Pemantapan dan penjenamaan semula 88 buah sekolah bestari pula merupakan kesinambungan projek yang digerakkan pada 1999 - walau idea asalnya tercetus seawal 1995.

Pada 1999, Sekolah Bestari adalah salah satu daripada tujuh aplikasi perdana di bawah koridor raya multimedia.Kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran,Datuk Dr. Zulkurnain Awang, penyelarasan dan mempakej semula inisiatif pembestarian semua sekolah di bawah tadbir selia kementerian akan dilaksanakan mengikut keutamaan berikut:
* projek makmal komputer dan pengkomputeran sekolah
* program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
(PPSMI).
* akses Internet jalur lebar School-Net.
* pembangunan Perisian Kursus
* pusat akses, dan
* televisyen pendidikan.